Bike

by Super Skomad

Dari kecil lagi kita agak familiar dengan kenderaan dua roda yang perlu dikayuh untuk bergerak ini yang dicipta di eropah pada abad ke-19 dan manusia yang dikatakan paling awal mencipta basikal ialah Von Drais pada tahun 1817 dan dipatenkan pada tahun berikutnya. Dari kecil lagi kita sudah diajar untuk berbasikal kerana kita dapat mempelajari teknik untuk mengimbangi badan, selain untuk keseronakan.

 

 

Berbasikal mempunyai jenis dan disiplin yang berbeza diantara satu sama lain. Ada Mountain Bike, Road Bike, BMX, Velodrome dan juga basikal tua seperti nyanyi lagu dari Allaharham Sudirman Hj. Arshad. Disini kita akan membincangkan secara terperinci tentang bagaimana kita semua boleh involve didalam sukan ini.

Untuk mountain bike, terdapat model "Hardtrail" dan "Full Suspension" yang digunakan untuk disiplin yang berlainan. Bagi mereka yang menggemari Cross Country (XC), jenis basikal yang digunakan adalah dari jenis Hardtrail, manakala yang memilih untuk lebih lasak dan extreme, basikal jenis Full Suspension sangat diperlukan. 

Dari segi fizikal sahaja kita sudah dapat membezakan antara kedua-dua jenis basikal ini. "Hardtrail" hanya mempunya absorber dibahagian hadapan saja atau lebih dikenali sebagai Front Fork, manakala untuk "Full Suspension", jenis ini dilengkapi dengan suspension belakang serta absorber di bahagian hadapan seperti motorsikal. Jenis ini sangat diperlukan untuk trail yang extreme kerana suspension belakang dapat menyerap setiap hentakkan dipermukaan trail tersebut.

Full Suspension Bike.

Hardtrail Bike.

Hardtrail tidak ada rear suspension.

 

Rear Suspension.

Front Fork.

 

Fork hadapan juga berbeza untuk setiap disiplin yang berlainan, ini bermaksud fork yang digunakan untuk basikal jenis Hardtrail dan Full Suspension tidak sama dari segi "Travel" atau dalam bahasa lain berapa

kedalaman fork tersebut dalam dimampatkan. "Short Travel" (120mm atau kurang) untuk Cross Country (XS), Mediam (130mm-160mm) untuk "Trail Bike" atau "All Mountain" riding. Manakala 160mm keatas lebih sesuai untuk disiplin "Downhill" ataupun "Freeride"

 

Here's some tips yang kiteorang nak kongsi dengan you guys yang mengimpikan untuk membeli basikal

  • - Niat hanya untuk bersukan dan bukan untuk menunjuk-nunjuk poyo
  • - Pilih bajet yang bersesuaian. Yang paling penting utamakan keluarga dulu baru kira beli basikal
  • - Pilih disiplin yang mana anda ingin ceburi, ini kerana setiap disiplin memerlukan jenis basikal yang berbeza-beza
  • - Pastikan saiz basikal yang dipilih sesuai dengan size badan anda, ini kerana untuk memastikan keselesaan anda semasa anda menunggang nanti
  • - Minta pendapat dari rakan-rakan yang sudah menceburi bidang ini. Mereka mempunyai pengalaman yang power dalam bab-bab ini

 

So, akhir kata dari pihak Skomad, bersukanlah tidak kira apa pun sukan yang anda lakukan. Ini untuk memastikan kesihatan anda berada ditahap terbaik untuk menjalani rutin harian.

 

"The bicycle is the noblest invention of mankind." - William Saroyan, Nobel prize winner

 

Gambar dari pelumba downhill skomad,

  

Muhammad Syafiq Yazid

 

Artikel disediakan oleh :

Muhammad Raid

Leave your comments

Comments

  • No comments found