How to pack a Daypack

Artikel kali ini kita fokuskan bagaimana membuat persiapan untuk Daypack. Daypack atau lebih dikenali sebagai 'hiking balik hari' dikalangan penduduk tempatan ini menjadi sangat popular dikalangan pendaki yang baru. Sebagai contoh tempat yang menjadi tarikan para pendaki untuk melakukan aktiviti ini adalah di Bukit Broga, ini kerana kawasan persekitaran dan track yang santai menjadikan tempat ini salah satu tarikan para pendaki.

 

 

 

 

 

 

Firstly list barang yang diperlukan

  • Jaket dan seluar kalis air (waterproof)
  • Makanan
  • Thermos untuk menyimpan air panas
  • Air mineral/Isotonik etc.
  • Spare pair of socks
  • Walking pole
  • First aid kit
  • Baju salin seperti t-shirt dan juga seluar
  • Rain cover untuk beg anda
  • Equipment lain seperti camera, handphone, powerbank dll.

Packing untuk daypack lebih mudah berbanding dengan packing untuk bermalam ditapak khemah. Anda tidak memerlukan barang yang banyak dan ia sangat santai.

Kunci untuk keselesaan daypack ini adalah dengan mempertimbangkan pengagihan berat badan. Untuk memastikan berat badan diagihkan secara sama rata, gunakkan ruang dibawah dgn lebih banyak dan pastikan barang yang berharga berada di ruang yang paling dekat dengan anda (ruang belakang anda).

Packing a Daypack

 

  • Pertama, anda memerlukan beg dan alaskan dengan plastik 'heavy duty' di dalam untuk membolehkan kawasan dalam menjadi kalis air. Beg kompos juga bole digunakan untuk membuat liner didalam beg galas anda. Liner ini juga berkebolehan menyelamatkan barangan anda didalam beg sekiranya terjatuh didalam air.

  • Seterusnya, masukkn set pakaian anda dibahagian paling bawah beg (ini termasuklah seluar, baju dan pakaian dalam spare anda). Barang ini tidak digunakan sangat tetapi ia sangat penting sekiranya berada didalam situasi yang tidak diduga seperti hujan. Pakaian ini hendaklah dimasukan kedalam beg kalis air terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam beg.

  • Pertimbangkan cara untuk membawa air, bagaimana anda hendak membawanya? adakah dengan menggunakan botol atau 'hydration pack'?. Sekiranya anda menggunakan 'hydration pack' , pastikan ianya tidak berada berhampiran objek yang tajam dan untuk lebih elok jika ia dimasukkn didalam beg kalis air juga. Sekiranya berlaku bocoran, air masih boleh digunakan. Please take note, always bring an empty bottle for any purpose.

  • Seterusnya anda memerlukan kit yang anda rasa ia tidak digunakan dalam masa terdekat seperti makanan tengah hari, first aid kit, dan barang-barang spare seperti stokin. (Please take note always bring an extra pair of socks. Dan basah confirm anda jadi meluat nk berjalan)

  • Sebaik sahaja semua ready, maka sudah tiba masanya untuk anda memasukkan kit yang mungkin anda perlu gunakan secepat mungkin apabila tiba dikawasan pendakian. Ia termasukkan peralatan waterproof dan juga rain coat untuk beg anda. Sekiranya beg anda mempunyai ruangan lebih diatas, seeloknya simpan diruangan tersebut.

  • Langkah terakhir adalah untuk memastikan barang seperti empty bottle, snack dan benda-benda yang kecik berada dipoket sisi beg anda. Ini untuk menyenangkan anda sekiranya kehausan atau kelaparan didalam perjalanan nanti.

So now anda dah bole prepare beg anda untuk memulakan aktiviti daypack pada besok hari. Enjoy the view !!

 

article by Choq

credit to : Mountain Warehouse

Leave your comments

Comments

  • No comments found