7 tips selam bebas (freedive) untuk penyelam (beginner).

Apabila melakukan aktiviti baru yang mencabar seperti selam bebas ataupun "freediving", banyak perkara yang perlu dititikberatkan untuk memulakan aktiviti bebas ini. Untuk artikel kali ini, kita akan mendapatkan nasihat dari pakar iaitu Cik Mandy Summer, PADI Freediver Instructor Trainer dan juga seorang World Champion Freediver tentang bagaimana cara yang betul untuk menyelam bagi seorang yang baru berkecimpung didalam bidang ini.

 

JANGAN SESEKALI 'DIVE' BERSEORANGAN

Ini adalah perkara paling penting didalam 'Rule of Diving'. Sistem 'Buddy' perlu dipraktikkan kerana sekiranya berkalu apa-apa kejadian yang tidak di ingini, ada orang yang bersama dengan kita untuk melakukan pertolongan kecemasan. 'It is essential to watch out for each other, learn how to safety each other in every dive shallow or deep, and of course everything is always more fun to share with someone or a group of people'

DAPATKAN LATIHAN KURSUS 'FREEDIVE' DARI ORGANISASI PROFESSIONAL

Di pusat professional seperti PADI Diving Center, anda akan mempelajari perlbagai selok belok mengenai sukan extreme ini dan yang paling PENTING adalah aspek keselamatan yang menjadi fokus paling utama di dalam sukan ini.

RELAX

'Relaxation' adalah kunci untuk menyelam. Deep, Slow dan bernafas dengan tenang akan membantu merendahkan degupan jantung anda dan membolehkan pernafasan seperti biasa dilakukan. Setiap pergerakkan yang dibuat akan menyebabkan oksigen berkurangan, Justeru itu 'Relax' sangat penting untuk melalukan selaman bebas. Untuk meningkatkan daya ketenganan anda, anda boleh mempraktikkan sukan asas seperti yoga untuk menenangkan badan anda

GAMBARKAN (IMAGINATION)

Cara yang baik untuk mempersiapkan diri untuk penyelaman anda adalah dengan menggunakan visualisasi. Gambarkan benda yang menarik dan keadaan yang tenang disekeliling anda dan secara automatiknya badan anda akan menjadi tenang dan dengan ini dapat merendahkan degupan jantung anda.

'FREEDIVE EQUIPMENT'

Anda tidak perlukan 'The Beast Freediving Gear' untuk menikmati keindahan bawah laut. Untuk yang baru menceburi sukan ini, mereka akan menggunakan sirip scuba atau sirip pendek bagi membolehkan pergerakkan didalam air menjadi laju. Bagaimanapun, Cik Mandy Summer mencadangkan beberapa lagi item tambahan untuk digunakan para penyelam yang baru bagi bertujuan untuk menambahkan keselesaan mereka ketika berada didalam air. Barang-barang seperti two-piece wetsuit, long blade fins, rubber weight belt dan dive computer sebagai aksesori tambahan.

BELAJAR DARI ORANG YANG LEBIH MAHIR DARI ANDA SERAMAI YANG MUNGKIN

'Watch, learn and keep on asking' adalah kunci untuk membolehkan anda serasi didalam bidang ini. Seraplah segala ilmu yang dicurahkan dari 'Certified Instructor' dan juga diver yang lain. Apabila anda melakukan lebih banyak aktiviti selaman bebas di tempat-tempat berlainan, anda akan lebih cepat belajar teknik-teknik yang berlainan untuk melakukan aktiviti ini.

HAVE FUN!!

Nikmatilah keindahan air dan hidupan disekeliling anda. Ia nya membuatkan anda seperti berada di dunia yang lain.

 

ENJOY

 

article by Raid

credit to : PADI Freediver

Leave your comments

Comments

  • No comments found